Saturday, April 24, 2010

Makanan Sampingan

Nak jimatkan kos makanan arnab. Kami berikan makanan sampingan yang mudah di cari atau ditanam di sekeliling kebun kami. Makanan sampingan itu seperti.

Rumput Israel

Rumput Padang

Pokok Pandan

Napier Merah

Napier India

Napier Australia

Ada juga penternak memberi daun kangkung, daun keledek, daun pisang, keledek, kobis, lobak, karot dan sebagainya. Bagi kami itu semua boleh diberikan kepada arnab kita. Janji arnab kita happy... hehe...

Sunday, April 18, 2010

Induk dan Baby Arnab

Wah!.. betapa rilek induk dan baby arnab ini. Tengah kekenyangan dan menantikan saat nak melelapkan mata nie... Apapun memang seronok melihat dan melayan keletah arnab ini. Lebih lebih lagi semasa balik dari kerja... boleh menghilang stress di kepala lah...

Meh lah join kita orang nie...

Makanan Arnab

Makanan adalah perkara utama didalam penternakan. Jadi kami beri makan arnab kami dengan menggunakan pellet dari keluaran Cargill. Pellet cargill ini mempunyai ciri ciri pemakanan yang seimbang. Boleh tengok dari pembungkus pellet Cargill ini.

Pellet Cargill mempunyai protein kasar sebanyak 16% dan juga serat kasar setinggi 18%. Terdapat juga bahan tambahan seperti Vitamin, Mineral, Antibiotik dan Antioxidan yang sudah tersedia didalam pellet ini.

Pellet Cargill

Untuk menjimatkan kos pemakanan, kami berikan juga makanan sampingan yang lain seperti Rumput Israel, Rumput Padang, Napier India, Napier Australia, Napier Merah dan juga Daun Pandan.

Nanti senang kami akan sertakan gambar gambar makanan sampingan ini... Ok... jumpa lagi.