Saturday, August 21, 2010

Arnab Suka Rumput Israel

Meh kita lihat bagaimana syoknya arnab kami memakan rumput israel. Arnab kami sememangnya suka makan rumput israel ini. Tapi kena ingat rumput israel ini hanya sebagai makanan sampingan sahaja. Cubalah beri arnab peliharaan anda makan rumput ini. Mereka pasti suka. Selamat mencuba...


Thursday, August 19, 2010

Belalang Hijau

Seronok bila tengok napier australia yang kami tanam hidup subur. Tetapi yang tak bestnyer dalam subur menghijaunya. Ada makhluk perosak yang mengambil kesempatan dengan memakan daunnya. Setelah di perhatikan rupa rupanya belalang hijau ini yang suka makan daun napier australia kami.

Serangan belalang ini tak lah teruk sangat. Jadi bila cukup besar jer napier ini kena cepat cepat potong dan diberikan makan terus pada arnab arnab kami.

Rumput napier australia yang subur menghijau.

Belalang hijau.