Monday, September 26, 2011

Daging Arnab Segar

Arnab yang sudah dibuang bulunya.


Segar dari ladang.. adalah dalam 3Kg.


Daging arnab yang siap dicincang.


Salam semua.. Tempohari ada orang mahu makan daging arnab jadi kawan selamat sembelih beberapa ekor arnab. Selepas disembelih, buang bulu dan organnya sekali. Kemudian dibelah dan dicincang supaya mudah untuk dimasak.


Biasanya daging arnab ini sesuai buat masak rendang, sup, kari, masak lemak cili api dan panggang. Memang terangkat!..


Harga seekor arnab dewasa utk daging yang sudah dibuang bulu dan dicincang ialah RM35.00 manakala harga bagi daging arnab segar ialah 1Kg = RM38.00


Jika berminat dan mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi kawan di Faizal 012-9116595. Tempahan 5 hari lebih awal amat dialu-alukan.

Saturday, August 13, 2011

Kepenatan

Tengah meluruskan kaki akibat kepenatan.. rileks jap broo.. fuhh..

Monday, June 27, 2011

Senggaraan Sangkar

Salam semua.. sekarang ini kawan tengah membuat senggaraan sangkar. Banyak sangkar yang sudah rosak dan perlu dibaiki atau ditukar baru. Kerja nie memang memenatkan.. yelah benda buat sendiri.. hehe.. buat masa nie lum sempat nak snap gambar..

Dari pemerhatian kawan BRC biasa yang digunakan ini akan tahan dalam 6 bulan hingga ke 1 tahun jer.. kalu arnab yang kuat mengkais tuu.. lagi ler cepat BRC rosak.. terutama arnab induk yang dalam proses nak beranak.. ermm.. OK.. banyak kerja nak buat nie.. nanti senang kawan sambung.. k..

Thursday, June 2, 2011

Pellet Bengy









Kepada sesiapa berminat untuk membeli pellet Bengy ini, bolehlah hubungi kawan. Harga 1bag 25Kg ialah RM35.00

Wednesday, May 4, 2011

Harga Pellet

Sudah lama kawan tak kemaskini blog ini. Apapun hari ini nak tulis pasal harga pellet makanan arnab yang semakin lama semakin meningkat harganya. Sekarang ini untuk pellet Cargill 1 bag 25Kg sudah mencecah RM45/bag.

Sebagai penternak arnab kecil kecilan harga sebegini sememangnya membebankan penternak seperti kami. Untuk menjimatkan kos makanan kami terpaksa beralih menggunakan pellet dari jenama Bengy. Alhamdulillah setakat ini tiada masalah.

Sesiapa yang ingin membeli pellet Bengy ini boleh hubungi kami. Harga 1 bag 25Kg ialah RM35/bag.

Sunday, September 5, 2010

Baja Tahi Arnab

Kata orang, baja tahi arnab baik utk tanaman kontan. Jadi kami cuba guna baja tahi arnab ini pada pokok cili padi depan rumah. Perghh!... memang sesuai. Pokok cili makin lama makin subur dan menghijau. Dalam pada itu pokok cili padi semakin banyak bunga dan buahnya. Boleh tengok pada gambar bawah ini.







Saturday, August 21, 2010

Arnab Suka Rumput Israel

Meh kita lihat bagaimana syoknya arnab kami memakan rumput israel. Arnab kami sememangnya suka makan rumput israel ini. Tapi kena ingat rumput israel ini hanya sebagai makanan sampingan sahaja. Cubalah beri arnab peliharaan anda makan rumput ini. Mereka pasti suka. Selamat mencuba...