Showing posts with label Kisah Arnab. Show all posts
Showing posts with label Kisah Arnab. Show all posts

Monday, September 26, 2011

Daging Arnab Segar

Arnab yang sudah dibuang bulunya.


Segar dari ladang.. adalah dalam 3Kg.


Daging arnab yang siap dicincang.


Salam semua.. Tempohari ada orang mahu makan daging arnab jadi kawan selamat sembelih beberapa ekor arnab. Selepas disembelih, buang bulu dan organnya sekali. Kemudian dibelah dan dicincang supaya mudah untuk dimasak.


Biasanya daging arnab ini sesuai buat masak rendang, sup, kari, masak lemak cili api dan panggang. Memang terangkat!..


Harga seekor arnab dewasa utk daging yang sudah dibuang bulu dan dicincang ialah RM35.00 manakala harga bagi daging arnab segar ialah 1Kg = RM38.00


Jika berminat dan mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi kawan di Faizal 012-9116595. Tempahan 5 hari lebih awal amat dialu-alukan.

Saturday, August 13, 2011

Kepenatan

Tengah meluruskan kaki akibat kepenatan.. rileks jap broo.. fuhh..

Monday, June 27, 2011

Senggaraan Sangkar

Salam semua.. sekarang ini kawan tengah membuat senggaraan sangkar. Banyak sangkar yang sudah rosak dan perlu dibaiki atau ditukar baru. Kerja nie memang memenatkan.. yelah benda buat sendiri.. hehe.. buat masa nie lum sempat nak snap gambar..

Dari pemerhatian kawan BRC biasa yang digunakan ini akan tahan dalam 6 bulan hingga ke 1 tahun jer.. kalu arnab yang kuat mengkais tuu.. lagi ler cepat BRC rosak.. terutama arnab induk yang dalam proses nak beranak.. ermm.. OK.. banyak kerja nak buat nie.. nanti senang kawan sambung.. k..

Sunday, September 5, 2010

Baja Tahi Arnab

Kata orang, baja tahi arnab baik utk tanaman kontan. Jadi kami cuba guna baja tahi arnab ini pada pokok cili padi depan rumah. Perghh!... memang sesuai. Pokok cili makin lama makin subur dan menghijau. Dalam pada itu pokok cili padi semakin banyak bunga dan buahnya. Boleh tengok pada gambar bawah ini.







Sunday, April 18, 2010

Induk dan Baby Arnab

Wah!.. betapa rilek induk dan baby arnab ini. Tengah kekenyangan dan menantikan saat nak melelapkan mata nie... Apapun memang seronok melihat dan melayan keletah arnab ini. Lebih lebih lagi semasa balik dari kerja... boleh menghilang stress di kepala lah...

Meh lah join kita orang nie...

Sunday, March 7, 2010

Kelahiran Pertama

Ini adalah kelahiran yang pertama induk arnab di kebun kami. Semasa lahir Popo Black mendapat 3 ekor anak. Seminggu kemudian mati 1 ekor dan tinggal 2 ekor sahaja. Gambar ini diambil semasa anak Popo Black berusia 1 bulan. Comelkan...

Wednesday, February 10, 2010

Arnab Pertama

Ini ialah arnab kami yang pertama. Arnab betina ini kami panggil dengan nama Popo Black. 3 hari kemudian baru kami dapat cari teman kepada Popo Black. Hehe...

Sunday, February 7, 2010

Assalamualaikum...

Hari ini kami sudah memiliki blog sendiri. Blog ini dibuat untuk berkongsi tentang segala aktiviti penternakan arnab yang kami ceburi sebagai hobi ini sejak dari bulan Mac 2009.

Kami bermula dengan menternak sepasang arnab tempatan ( Domestic Short Hair ) sebagai permulaan dan segala aktiviti perternakan arnab ini dilakukan di sekitar kawasan rumah sahaja.

Ok... jumpa lagi.