Saturday, August 13, 2011

Kepenatan

Tengah meluruskan kaki akibat kepenatan.. rileks jap broo.. fuhh..

Monday, June 27, 2011

Senggaraan Sangkar

Salam semua.. sekarang ini kawan tengah membuat senggaraan sangkar. Banyak sangkar yang sudah rosak dan perlu dibaiki atau ditukar baru. Kerja nie memang memenatkan.. yelah benda buat sendiri.. hehe.. buat masa nie lum sempat nak snap gambar..

Dari pemerhatian kawan BRC biasa yang digunakan ini akan tahan dalam 6 bulan hingga ke 1 tahun jer.. kalu arnab yang kuat mengkais tuu.. lagi ler cepat BRC rosak.. terutama arnab induk yang dalam proses nak beranak.. ermm.. OK.. banyak kerja nak buat nie.. nanti senang kawan sambung.. k..

Thursday, June 2, 2011

Pellet Bengy









Kepada sesiapa berminat untuk membeli pellet Bengy ini, bolehlah hubungi kawan. Harga 1bag 25Kg ialah RM35.00

Wednesday, May 4, 2011

Harga Pellet

Sudah lama kawan tak kemaskini blog ini. Apapun hari ini nak tulis pasal harga pellet makanan arnab yang semakin lama semakin meningkat harganya. Sekarang ini untuk pellet Cargill 1 bag 25Kg sudah mencecah RM45/bag.

Sebagai penternak arnab kecil kecilan harga sebegini sememangnya membebankan penternak seperti kami. Untuk menjimatkan kos makanan kami terpaksa beralih menggunakan pellet dari jenama Bengy. Alhamdulillah setakat ini tiada masalah.

Sesiapa yang ingin membeli pellet Bengy ini boleh hubungi kami. Harga 1 bag 25Kg ialah RM35/bag.

Sunday, September 5, 2010

Baja Tahi Arnab

Kata orang, baja tahi arnab baik utk tanaman kontan. Jadi kami cuba guna baja tahi arnab ini pada pokok cili padi depan rumah. Perghh!... memang sesuai. Pokok cili makin lama makin subur dan menghijau. Dalam pada itu pokok cili padi semakin banyak bunga dan buahnya. Boleh tengok pada gambar bawah ini.







Saturday, August 21, 2010

Arnab Suka Rumput Israel

Meh kita lihat bagaimana syoknya arnab kami memakan rumput israel. Arnab kami sememangnya suka makan rumput israel ini. Tapi kena ingat rumput israel ini hanya sebagai makanan sampingan sahaja. Cubalah beri arnab peliharaan anda makan rumput ini. Mereka pasti suka. Selamat mencuba...


Thursday, August 19, 2010

Belalang Hijau

Seronok bila tengok napier australia yang kami tanam hidup subur. Tetapi yang tak bestnyer dalam subur menghijaunya. Ada makhluk perosak yang mengambil kesempatan dengan memakan daunnya. Setelah di perhatikan rupa rupanya belalang hijau ini yang suka makan daun napier australia kami.

Serangan belalang ini tak lah teruk sangat. Jadi bila cukup besar jer napier ini kena cepat cepat potong dan diberikan makan terus pada arnab arnab kami.

Rumput napier australia yang subur menghijau.

Belalang hijau.