Sunday, April 18, 2010

Makanan Arnab

Makanan adalah perkara utama didalam penternakan. Jadi kami beri makan arnab kami dengan menggunakan pellet dari keluaran Cargill. Pellet cargill ini mempunyai ciri ciri pemakanan yang seimbang. Boleh tengok dari pembungkus pellet Cargill ini.

Pellet Cargill mempunyai protein kasar sebanyak 16% dan juga serat kasar setinggi 18%. Terdapat juga bahan tambahan seperti Vitamin, Mineral, Antibiotik dan Antioxidan yang sudah tersedia didalam pellet ini.

Pellet Cargill

Untuk menjimatkan kos pemakanan, kami berikan juga makanan sampingan yang lain seperti Rumput Israel, Rumput Padang, Napier India, Napier Australia, Napier Merah dan juga Daun Pandan.

Nanti senang kami akan sertakan gambar gambar makanan sampingan ini... Ok... jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment